Sunday, January 24, 2021

AYUH SAYANGI BUMI


Projek Ayuh Sayangi Bumi adalah sebuah projek di bawah program e-SULAM INNOVATE 2021 di mana program ini menggalakkan khidmat masyarakat secara dalam talian .Selain itu, Projek Ayuh Sayangi Bumi diadakan bertujuan menggalakkan masyarakat sama ada golongan tua atau muda untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak berlakunya perkara-perkara seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah. 


Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk menjaga alam sekitar. Antaranya ialah:


GOTONG - ROYONG

Gotong-royong dikenali sebagai satu aktiviti yang dapat menjadikan sesuatu perkara cepat dan mudah untuk dilaksanakan. Pada hari ini, terdapat banyak kawasan terutamanya destinasi tumpuan pelancong-pelancong seperti pantai yang bersih dan cantik telah tercemar dengan sampah sarap. Hal ini menyebabkan ekosistem flora dan fauna turut terancam dan membawa kepada kematian hidupan laut seperti penyu. Oleh itu, aktiviti gotong-royong amatlah digalakkan dalam kalangan masyarakat agar kebersihan dan keindahan alam terjamin. Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama individu bahkan juga meningkat imej negara dengan menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah "Negara Paling Bersih di Dunia". Layari laman web ini untuk maklumat lanjut 






KONSEP 3R (REDUCE-REUSE-RECYCLE) 

Amalan 3R merupakan salah satu perkara penting demi memelihara bumi. Amalan 3R merujuk kepada pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula, terutama dalam konteks pengeluaran dan penggunaan. Antara kepentingan 3R ialah dapat mengurangkan sisa buangan, dapat mengelakkan berlakumya pencemaran alam sekitar dan dapat menjimatkan kos harian. Antara peranan yang boleh dilakukan ialah dengan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja dan bukanlah kehendak semata-mata. Selain itu, kita juga boleh membeli barangan yang boleh dikitar semula seperti kotak, kertas dan kaca. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang boleh dilakukan, anda boleh layari



CARPOOLING

Carpooling adalah amalan perkongsian perjalanan kereta sehingga lebih dari satu orang bergerak di dalam satu kereta. Dengan memiliki lebih banyak orang menggunakan satu kendaraan, carpooling mampu mengurangkan kos perjalanan setiap orang seperti kos bahan bakar, tol dan tekanan pemandu.  Carpooling dilihat sebagai cara yang lebih mesra alam dan mampan kerana dapat mengurangkan pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan yang membebaskan gas beracun seperti karbon monoksida dan karbon dioksida ke udara. Selain itu, carpooling dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya dan keperluan untuk ruang letak kereta. Amalan berkongsi kereta ini amat digalakkan terutama di kawasan bandar yang sangat sesak. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan carpooling ialah Grab yang dikenali sebagai GrabShare. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai GrabShare, layari laman web



PENGGUNAAN BAJA ORGANIK

Baja organik atau baja kompos ialah baja yang terdapat daripada sumber semula jadi seperti tinja haiwan dan tumbuhan.  Penggunaan baja organik amatlah digalakkan dalam pertanian kerana lebih selamat dan mesra alam berbanding baja kimia yang boleh membahayakan kesihatan pengguna dan alam sekitar.  Baja organik tidak mencemarkan air di bawah tanah kerana tidak mengandungi bahan kimia.  Selain itu, baja organik sangat bermanfaat untuk membentuk persekitaran habitat fauna seperti cacing tanah dan hidupan mikrobyang bertindak menyuburkan lagi tanah.  Secara tidak langsung, penggunaan baja organik dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar.  Ingin tahu apa itu baja organik? Layari laman web
https://myagri.com.my/2019/01/penggunaan-baja-organik-terhadap-tanaman-dan-juga-tanah/ 




PEMULIHARAAN AIR

Semakin sedikit air yang kita gunakan, semakin sedikit air larian dan air sisa yang akhirnya berakhir di lautan. Selain menjimatkan kos harian anda, pemuliharaan air membantu mencegah pencemaran air di tasik, sungai dan daerah aliran sungai berdekatan.  Menjimatkan air juga dapat mencegah pelepasan gas rumah hijau yang berkaitan dengan rawatan dan pengedaran air. Kaedah yang paling berkesan untuk menjimatkan air adalah menaik taraf ke lekapan yang lebih cekap. Antara cara lain untuk membantu mengurangkan jumlah air yang digunakan di rumah ialah menutup air ketika menggosok gigi, mengurangkan cucian baju, mandi dengan menggunakan air secara cermat dan sentiasa memeriksa paip-paip di rumah agar tiada kebocoran berlaku.  Jika anda ingin tahu cara untuk menjimatkan air dengan lebih lanjut, layari laman web di bawah



Kesimpulan daripada Projek Ayuh Sayangi Bumi ini ialah kami berharap agar semua pihak bersama-sama dalam memelihara dan memulihara alam sekitar agar keunikan yang ada di bumi ini tidak pupus dan musnah. Selain itu juga sebagai umat Islam, kita seharusnya menjaga bumi kerana bumi adalah anugerah yang tidak ternilai harganya dan dipinjamkan kepada kita untuk dijadikan sebagai tempat tinggal sementara sebelum berpindah ke alam akhirat.


SAYANGI BUMI KITA





AHLI KUMPULAN :
  • MUHAMMAD HAZIQ BIN ADENAN ( 057568 )
  • MUHAMMAD AHMAD BIN HASBULLAH ( 058709 )
  • AMIRAH AQILAH BINTI MOHAMAD ( 057610 )
  • NURUL MADIHAH BINTI AHMAD SHAIFUL  ( 057541 )
  • WAN SITI MARYAM BINTI WAN AZHAR ( 058966 )


 





No comments:

Post a Comment